Followers

Friday 26 August 2011

WHEN OUR FRIENDS DO SOME MISTAKE WITH US

 "Friendship Never End"

Pernah degar tak ayat ni? cuba kita pegang teguh pada ayat ni, mesti kita akan rasa yang persahabatan tu tak kan pupus ditelan dek peredaran zaman. Kita hidup kat dunia ni bukannya sorang-sorang. Semua orang kat sekeliling kita boleh dijadikan kawan. Bila dah berkawan, kita ada tanggungjawab. Kita nak kena jaga hati dia, peraaan dia, sensitiviti dia. Kita pun bukan perfect mana, walau baik mana pun kita degan seseorang sahabat tu, kadang-kadang ada perselisihan pendapat jugakkan? Bila kawan ada buat salah dengan kita, apa kita nak buat? tak kan kita nak hentam dia? tak kan nak terus putus kawan? 

Hari ni, aku nak kongsi tips macam mana kita nak tegur kawan yang berada dalam situasi ni.

1. Tunggu waktu yang tepat dan tempat yang baik
Orang kata nak selesaikan masalah kena "slow talk". Cakap baik-baik, lembut-lembut biar kawan kita tu tak terasa. Tapi apa guna kalau kita tegur dia kat depan orang ramai. Nanti kawan kita nak kena tanggung malu jugakkan. Cara yang terbaik, kita bawak dia berbincang di tempat yang tak ramai orang pada masa yang sesuai. Suasana dan pesekitaran kan boleh mempengaruhi mood kita.

2.Tegur secara Positif bukanya secara negatif
Kita perlulah sentiasa mengigatkan diri kita bahawa manusia sememangnya tak lari daripada melakukan kesilapan. Jadi, bila sahabat kita dah melakukan sebarang kesilapan, jangan terus hentam mereka. Sebaliknya kita cuba untuk berinteraksi degan mereka secara positif. Gunakan kata-kata membangun dan bukanya menjatuhkan sahabat. Cuba bayangkan kalau kita yang buat salah, kita suka ke orang tegur kita dengan maki hamun?

3.berikan ruang untuk sahabat berbicara
Menjadi manusia adalah untuk menghormati dan dihormati. Jadi kita perlulah menghormati sahabat walaupun dia telah melakukan kesilapan. Jangan menguasai perbicaraan atau menghakimi sahabat. Kita pelu menjadi tegas dengan cara yang betul. Ajukan beberapa soalan dan degarkan setiap jawapannya. Sabar itu penting.

4.berikan sahabat waktu.
al-maklumlah, dah nama manusia, ada macam-macam gaya. kalau sahabat kita tu tak boleh nak terima teguran, terlalu sensitif sampai nak putus kawan, kita berikanlah dia masa. biarkan dia tenang dan menerima setiap keadaan yang dah berlaku. berinteraksilah degan sahabat secara interpersonal dan intrapersonal. sahabat baik, dah macam adik beradik. pernah dengar tak peribahasa carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum juga. :')

5.Minta bantuan pihak ketiga.
Kalau usaha kita tak berhasil. Si sahabat tak nak mengalah juga, lebih afdal kita minta bantuan pihak ketiga. Contohnya, ahli keluarga atau sahabat yang boleh dipercayai. Ceritakan hal yang sebenar dan mintalah bantuan atau idea yang bernas daripada mereka.

6.Memaafkan sahabat.
Walau apa pun yang terjadi, sahabat kita itu juga merupakan seorang insan biasa. Manusia punya hati dan perasaan dan tak terlepas daripada melakukan kesalahan. Kita sebagai sahabat perlulah bertolak ansur dan sentiasa memaafkan kesalahan sahabat. Terimalah kembali hubungan persahabatan andai si dia sudah tersedar daripada kesilapan.

dan kita yang telah melakukan kesilapan, sedarlah bahawa sahabat kita itu sukar dicari ganti. Hargailah dan hormatilah mereka. Mohonlah maaf pada sahabat kerana sahabat kita juga punya perasaan untuk dijaga. Persahabatan memerlukan persefahaman dan bukannya permusuhan. :)

Sedangkan nabi maafkan umat.

No comments:

Post a Comment